Google+ Followers

Jumaat, 12 Julai 2013

Jaga Perut Ikut Sunnah

   Salam ramadhan..alhamdulillah semangat bulan mulia ini telah membuat saya ingin menulis semula.
Sedia maklum oleh kerana blog ini adalah blog kesihatan...maka saya teringin menulis berkenaan makan dan kaitannya dengan kesihatan manusia secara fizikalnya.

   Saya mulakan dengan mencermati beberapa perkara yang berkaitan sistem penghadaman yang berada di perut.Kita lihat apa itu perut secara mudahnya yang kita fahami.Perut adalah terdiri dari kantung perut,usus kecil dan usus besar.Dan itu juga adalah urutan perjalanannya dari atas kebawah.Yang kita bicarakan pada kali ini adalah kantung perut.
  
   Apabila tempat ini dipenuhi dengan makanan dan minuman,dan tidak pula dihadam sempurna hingga akhinya, maka akan berlaku bermacam2 masalah kepada aset tubuh manusia ini.Ramai antara kita yang memenuhkan makanan kedalam perut sampai terlebih muatan..sedangkan. jika kita meneliti pesanan nabi SAW..baginda berpesan yang bermaksud,,"makan apabila lapar,berhenti sebelum kenyang"..

   Tapi kebanyakan dari kita makan apabila lapar..dah kenyang pun masih suap lagi.Baginda SAW bersabda lagi,..maksudnya,,"(isi perut) sepertiga adalah untuk makanan,sepertiga minuman,sepertiga untuk nafas"..Lihatlah pada pesanan indah ini,Praktikkan..jika kita berhenti makan sebelum kenyang,kemudian kita minum segelas atau 2 gelas air.Lalu kita mungkin sendawa.Maknanya kita sudah kenyang.Lalu kita akan merasakan perubahan yang luar biasa.Khususnya di bulan Ramadhan ini.

   Kita akan merasakan kerehatan yang bersangatan.Tubuh terasa segar,dan rasa ringan untuk melakukan ibadah, in sha Allah.Lalu nikmat makan dan puasa itu akan seiring kita rasakan.Bukan satu perkara yang sukar untuk kita melakukan ini, jika kita meniatkannya sebagai mengikuti sunnah nabi SAW.

   Seperkara untuk perkongsian dari saya.Menurut guru saya dari Indonesia.,pak sunaryo(semoga Allah menyayangi beliau) jika kita ingin melihat saiz hidangan yang wajar kita nikmati, lihat pada kedua2 tapak tangan kita,genggam kedua2nya..dan temukan kedua2 tangan yang kita genggam itu.Itulah saiz perut kita..Sudah pasti berbeza untuk setiap individu.

   Nah,ini lah kuncinya..Kita lihat,,apa kah perut kita ini begitu besar untuk kita muatkan dengan bermacam makanan yang enak2?..Jadi, untuk memelihara aset yang tidak ternilai ini.Ayuh kita sama2 lakukan perubahan mulai saat ini.Kita ambil semangat Ramadhan kali ini untuk kita amalkan Sunnah kenabian ini "Makan Apabila Lapar..Berhenti Sebelum Kenyang"..

 Selamat Beramal..Jumpa lagi dilain entri..

Isnin, 10 Disember 2012

KEHEBATAN BEKAM

video
     Assalamualaikum...kepada para pembaca blog saya.Beribu kemaafan dipinta oleh kerana saya sudah terlalu lama tidak kemaskini blog ini..Mudah2an Allah memberi kekuatan untuk saya meneruskan catatan2 dalam blog ini dan terus memberi pendekatan2 serta nafas baru dalam dunia pengubatan alternatif dan komplimentari ini.Mudah2an ianya akan diangkat oleh Allah menjadi amal2 yang dinilai benar dan ikhlas.
    Terimalah entri terbaru dari saya..

video


Sabtu, 29 Oktober 2011

Rawatan Resdung (Gurah)

lendir yang tercemar di keluarkan dari hidung

   Resdung,satu masalah yang kerap mengganggu keselesaan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.Masalah ini kerap kali di kaitkan dengan alahan pada makanan laut,habuk,suhu,haiwan seperti kucing atau anjing dan sebagainya.

   Ia dapat dikesan dengan banyaknya jerawat pada seseorang,gatal hidung,mulut dan mata.adakalanya seseorang itu merasa gatal hidung ketika cuaca sejuk dan pelbagai lagi gejala yang dikenal pasti sebagai gejala resdung.

   Saya menawarkan sejenis rawatan yang di beri nama GURAH. Gurah adalah rawatan membersihkan tubuh,dengan cara mengeluarkan lendir yang kotor, beracun dan mengandung berbagai kuman penyakit dalam tubuh melalui rongga tubuh.Dan gurah yang saya praktikkan ini adalah GURAH HIDUNG DAN MULUT.

   Gurah dapat mengobati penyakit :Selsema, Sinusitis (Resdung), Asma, Alergi Debu / Udara Dingin, Bronkhitis, Nikotin, Membersihkan pita suara, dll.

   Gurah adalah proses membuang (kahak/lendir) yang ada di rongga hidung dan tenggorokan. Untuk membersihkan,terutama bagi yang selalu selsema/resdung/asma. Tapi ada juga yang melakukan gurah, dengan tujuan memperelok suara.

Isnin, 21 Februari 2011

Alergi (bahagian 2)

  Sifat Alergi
   
   Hampir semua dari kita tau tentang alergi,namun adakah kita benar-benar mengetahui akan maksudnya.Terpulang pada kita untuk mentakrifkan maksudnya.Alergi ialah perkataan berasal dari bahasa Greek yang bermaksud sesuatu tindak balas yang telah mengalami perubahan.Manakala definisi ini pula mempunyai interpretasi (tafsiran) yang lebih luas.
      Secara umum,alergi adalah satu reaksi aneh yang berlaku secara berlebihan terhadap bahan-bahan diluar tubuh seseorang manusia.Alergi yang paling biasa berlaku dan paling kerap didengar ialah dari jenis yang berpunca dari apa yang kita sedut,melalui mulut atau hidung.Sebagai contoh,asma apabila menyedut debu, atau rinitis alergi (radang membran mukus hidung akibat tindak balas alergi).Kesan alergi adalah berbeza-beza,samaada kesan 'melemahkan' atau kesan 'membawa maut'.Bagaimanapun,mujurlah kesan melemahkan ini adalah yang paling sering berlaku.
       Kesedaran orang ramai terhadap masalah ini telah berkembang dan semakin ramai yang menyedari pengetahuan berkenaan alergi sangat penting.Apakah ia,bagaimana menanganinya,apakah rawatannya,dan segala berkaitan alergi semakin mahu diketahui umum.Namun,masih terlalu banyak yang perlu dibongkar dan difahami berkenaan alergi kerana ia terhasil dari mekanisma yang sangat kompleks.Diharapkan dengan bertambahnya pengetahuan tentang alergi,maka rawatannya juga akan semakin efektif dan rasional.

bersambung..

Jumaat, 11 Februari 2011

Bekam Agresif ( Agresif Cupping )




  • Bekam agresif ini dilakukan apabila pesakit mengatakan kesakitannya selalu beralih tempat.
  • Masalah ini berkemungkinan akibat dari angin,dan toksid dalam darah yang telah menyebar pada banyak bahagian tubuh.
  • Bekam kaedah ini biasanya akan dapat mengesan daerah yang mendatangkan masalah pada tubuh dengan cepat dan tepat.
  • Cubalah,InsyaAllah.. anda akan merasai kebaikannya. 

Isnin, 7 Februari 2011

Akupuntur

akupuntur


  • akupuntur,sejenis rawatan alternatif yang baik untuk saraf
                InsyaAllah...
  • akupuntur di titik seperti di atas mampu merawat masalah resdung dan saluran pernafasan yang kurang baik.
  • merawat masalah pengaliran darah yang kurang baikdi bahagian muka
  • mampu merawat masalah muka sembab dan kurang bermaya
  • satu sesi rawatan cuma rm35 sahaja

Alergi (bahagian 1)

 Alergi (alahan)

   Seringkali kita menyebutkan perkataan ini apabila berlaku perubahan mendadak dan reaksi penolakan (disebut juga alahan) yang mengejut oleh tubuh kita atau sesiapa saja pada sesuatu bahan,masa,hari,tempat atau apa saja yang boleh memberi kesan seperti yang disebutkan tadi.Berlaku penolakan yang sedikit, sederhana, atau barangkali sangat kuat sehingga boleh membawa maut.
   
 Sejarah Penggunaan Perkataan Alergi
  
   Perkataan ini pertama kali di gunakan oleh seorang doktor yang bertugas di Vienna,iaitu sebuah bandar yang bersejarah di negara Austria pada awal abad ke-20.

   Ia bermula dalam bidang pelalian.Penderita penyakit-penyakit seperti rubela,cacar,batuk kering dan polio telah di berikan suntikan bakteria dan virus mati yang telah di ubahsuai.Akhirnya,telah disedari suntikan yang terlalu banyak ini telah menimbulkan masalah baru yang lebih sukar diatasi.

   Seseorang yang menerima suntikan berlebihan ini telah menjadi terlebih imun dan bereaksi terhadap suntikan itu sendiri.Reaksi yang berlebihan inilah yang dipanggil alergi@alahan.

(bersambung)

Ahad, 6 Februari 2011

Tanda DARAH STATIK Yang Harus DI BEKAM

 
perhatikan bekas bekam angin
yang menampakkan
perbezaan lebam yg ketara
  • pertanyaan ini akan mula timbul di benak anda.   
    "mengapa lebamnya berbeza....?"

      ketahuilah bahawa...
  • di tempat lebam yang kuat itu mengisyaratkan terdapat darah statik yang harus di keluarkan
  • darah statik di kawasan tersebut akan secara .langsung mengganggu peredaran darah yang sihat