Google+ Followers

Sabtu, 29 Oktober 2011

Rawatan Resdung (Gurah)

lendir yang tercemar di keluarkan dari hidung

   Resdung,satu masalah yang kerap mengganggu keselesaan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.Masalah ini kerap kali di kaitkan dengan alahan pada makanan laut,habuk,suhu,haiwan seperti kucing atau anjing dan sebagainya.

   Ia dapat dikesan dengan banyaknya jerawat pada seseorang,gatal hidung,mulut dan mata.adakalanya seseorang itu merasa gatal hidung ketika cuaca sejuk dan pelbagai lagi gejala yang dikenal pasti sebagai gejala resdung.

   Saya menawarkan sejenis rawatan yang di beri nama GURAH. Gurah adalah rawatan membersihkan tubuh,dengan cara mengeluarkan lendir yang kotor, beracun dan mengandung berbagai kuman penyakit dalam tubuh melalui rongga tubuh.Dan gurah yang saya praktikkan ini adalah GURAH HIDUNG DAN MULUT.

   Gurah dapat mengobati penyakit :Selsema, Sinusitis (Resdung), Asma, Alergi Debu / Udara Dingin, Bronkhitis, Nikotin, Membersihkan pita suara, dll.

   Gurah adalah proses membuang (kahak/lendir) yang ada di rongga hidung dan tenggorokan. Untuk membersihkan,terutama bagi yang selalu selsema/resdung/asma. Tapi ada juga yang melakukan gurah, dengan tujuan memperelok suara.

Isnin, 21 Februari 2011

Alergi (bahagian 2)

  Sifat Alergi
   
   Hampir semua dari kita tau tentang alergi,namun adakah kita benar-benar mengetahui akan maksudnya.Terpulang pada kita untuk mentakrifkan maksudnya.Alergi ialah perkataan berasal dari bahasa Greek yang bermaksud sesuatu tindak balas yang telah mengalami perubahan.Manakala definisi ini pula mempunyai interpretasi (tafsiran) yang lebih luas.
      Secara umum,alergi adalah satu reaksi aneh yang berlaku secara berlebihan terhadap bahan-bahan diluar tubuh seseorang manusia.Alergi yang paling biasa berlaku dan paling kerap didengar ialah dari jenis yang berpunca dari apa yang kita sedut,melalui mulut atau hidung.Sebagai contoh,asma apabila menyedut debu, atau rinitis alergi (radang membran mukus hidung akibat tindak balas alergi).Kesan alergi adalah berbeza-beza,samaada kesan 'melemahkan' atau kesan 'membawa maut'.Bagaimanapun,mujurlah kesan melemahkan ini adalah yang paling sering berlaku.
       Kesedaran orang ramai terhadap masalah ini telah berkembang dan semakin ramai yang menyedari pengetahuan berkenaan alergi sangat penting.Apakah ia,bagaimana menanganinya,apakah rawatannya,dan segala berkaitan alergi semakin mahu diketahui umum.Namun,masih terlalu banyak yang perlu dibongkar dan difahami berkenaan alergi kerana ia terhasil dari mekanisma yang sangat kompleks.Diharapkan dengan bertambahnya pengetahuan tentang alergi,maka rawatannya juga akan semakin efektif dan rasional.

bersambung..

Jumaat, 11 Februari 2011

Bekam Agresif ( Agresif Cupping )




  • Bekam agresif ini dilakukan apabila pesakit mengatakan kesakitannya selalu beralih tempat.
  • Masalah ini berkemungkinan akibat dari angin,dan toksid dalam darah yang telah menyebar pada banyak bahagian tubuh.
  • Bekam kaedah ini biasanya akan dapat mengesan daerah yang mendatangkan masalah pada tubuh dengan cepat dan tepat.
  • Cubalah,InsyaAllah.. anda akan merasai kebaikannya. 

Isnin, 7 Februari 2011

Akupuntur

akupuntur


  • akupuntur,sejenis rawatan alternatif yang baik untuk saraf
                InsyaAllah...
  • akupuntur di titik seperti di atas mampu merawat masalah resdung dan saluran pernafasan yang kurang baik.
  • merawat masalah pengaliran darah yang kurang baikdi bahagian muka
  • mampu merawat masalah muka sembab dan kurang bermaya
  • satu sesi rawatan cuma rm35 sahaja

Alergi (bahagian 1)

 Alergi (alahan)

   Seringkali kita menyebutkan perkataan ini apabila berlaku perubahan mendadak dan reaksi penolakan (disebut juga alahan) yang mengejut oleh tubuh kita atau sesiapa saja pada sesuatu bahan,masa,hari,tempat atau apa saja yang boleh memberi kesan seperti yang disebutkan tadi.Berlaku penolakan yang sedikit, sederhana, atau barangkali sangat kuat sehingga boleh membawa maut.
   
 Sejarah Penggunaan Perkataan Alergi
  
   Perkataan ini pertama kali di gunakan oleh seorang doktor yang bertugas di Vienna,iaitu sebuah bandar yang bersejarah di negara Austria pada awal abad ke-20.

   Ia bermula dalam bidang pelalian.Penderita penyakit-penyakit seperti rubela,cacar,batuk kering dan polio telah di berikan suntikan bakteria dan virus mati yang telah di ubahsuai.Akhirnya,telah disedari suntikan yang terlalu banyak ini telah menimbulkan masalah baru yang lebih sukar diatasi.

   Seseorang yang menerima suntikan berlebihan ini telah menjadi terlebih imun dan bereaksi terhadap suntikan itu sendiri.Reaksi yang berlebihan inilah yang dipanggil alergi@alahan.

(bersambung)

Ahad, 6 Februari 2011

Tanda DARAH STATIK Yang Harus DI BEKAM

 
perhatikan bekas bekam angin
yang menampakkan
perbezaan lebam yg ketara
  • pertanyaan ini akan mula timbul di benak anda.   
    "mengapa lebamnya berbeza....?"

      ketahuilah bahawa...
  • di tempat lebam yang kuat itu mengisyaratkan terdapat darah statik yang harus di keluarkan
  • darah statik di kawasan tersebut akan secara .langsung mengganggu peredaran darah yang sihat

    Khamis, 3 Februari 2011

    pemanis pengganti gula


                         STEVIA
     
    -Sejenis herba daripada keluarga bunga matahari
    -Berasal dari Amerika Selatan
    -Lebih manis dari gula
    -Rasa manis disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan rebaudioside
    -Bahan aktif ini mampu stabil sehingga suhu setinggi 200 darjah celcius
    -Nilai pH yang stabil
             KAJIAN MENGENAI STEVIA
    -Ekstrak Stevia dikatakan 200-300 kali lebih manis dari gula tebu (ikut gred) TETAPI..
    -SIFAR kalori
    -SIFAR lemak
    -SIFAR kolestrol
    -SIFAR protein
    -SIFAR toksid
    -SIFAR glukos
    -SIFAR karbohidrat
     " dari segi kemanisan,1 sudu ekstrak Stevia = 1gelas gula biasa"..
    • 10gm ekstrak stevia boleh memaniskan lebih kurang 400-750 gelas air,(mengikut gred)"
    • oleh kerana stevia tak menghasilkan glukos,maka ia berpotensi sebagai agen anti-hiperglisemik dalam rawatan diebetis
    • mampu melambatkan penurunan tindak balas vitamin-vitamin penting dalam badan
     "tak nak kolestrol?
      tak nak kalori?
      tak nak  glukos?
      tak nak lemak"......?          miliki EKSTRAK HERBA STEVIA dengan hanya...rm37.00 = 10gram

    (Boleh bertahan sehingga 2 bln untuk 6-7 gelas hidangan setiap hari)

    Rabu, 2 Februari 2011

    bekam tanduk


             Kemarin saya pergi ke rumah seorang rakan,beliau menunjukkan bekam menggunakan tanduk yang sudah agak jarang ditemui.wah....apalagi...saya yang memang lama cari pembekam guna tanduk tak lepas peluang belajar dan mencuba kaedah yang mempunyai khasiat tersendiri dalam dunia perawatan ni.

              Memang terkejut juga apabila merasakan tarikannya yang agak kuat ...maklum..ini adalah bekam menggunakan teknik pembakaran api sebagai medium vakumnya..jadi kalau apinya tak dikawal dengan baik,maka akan terasa agak kuat tarikannya.

               Namun setelah menikmatinya..anda akan merasai kesan yang baik.Ini disebabkan angin yang telah ditarik keluar,dan dalam masa yang sama haba dari kesan pembakaran tersebut akan meresap masuk ke dalam kulit.


            Rawatan bekam jenis ini amat sesuai bagi seseorang yang mempunyai unsur angin sejuk atau unsur air yang berlebihan.Kepada yang berminat,silakan mencuba..InsyaAllah...sangat bermanfaat untuk tubuh anda.





















































    Khamis, 27 Januari 2011

    Refleksologi : sederhana, efektif dan hebat

    penulis sedang merawat seorang pesakit dengan kaedah urutan refleksologi

    • Rawatan melalui pemijatan di daerah titik tertentu
    • Rawatan yang dikatakan sudah dipraktikkan dari zaman firaun
    • Rawatan yang sudah berusia melebihi 5 ribu tahun
    • Mudah dilakukan dan memiliki efek kesembuhan yang pantas dan terbukti melalui banyak testimoni 
          " InsyaAllah..kami menawarkan harga rawatan yang berpatutan "
               
                  Refleksologi
           - rm 40/sesi (sejam)+ 1sacet kopi radix

      Rabu, 26 Januari 2011

      Bekam@Hijamah@Ba Quan@Cupping = Sunnah Perubatan Rasulullah

      Bekam
      rawatam bekam sedang dijalankan 
      Rawatan hebat ini telah disyorkan oleh insan terhebat,Rasulullah SAW  
        • Sunnah nabi
        • Mengeluarkan darah kotor dalam badan
        • Mengatasi masalah kulit cth : bisul, jerawat, gatal-gatal dan sbgnya
        • Mengatasi keracunan
        • Cuci darah, pembuluh darah yang tersumbat
        • Menyahkan toksin yang tidak diperlukan badan
        • Memperbaiki sistem ketahanan badan
        • Mencerahkan mata
        • Menghilangkan pening kepala
        • Menghilangkan sengal-sengal anggota badan
        • Membetulkan sistem pencernaan
        • Menyihatkan tubuh badan
         "InsyaAllah..kami menawarkan harga rawatan yang berpatutan"